Bahagian Pendidikan Islam
MAKLUMAT PERALATAN ICT DAN KEROSAKAN PERALATAN ICT SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK) KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA TAHUN 2012
Dengan segala hormatnya bahawa saya telah diarah menarik perhatian Y. Bhg. Datuk/Dato’/tuan/puan mengenai perkara di atas.
2. Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) memerlukan maklumat mengenai peralatan ICT (yang didaftarkan bawah Daftar Harta Modal) bagi tahun 2012 bagi Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).
3. Sehubungan dengan itu, Y. Bhg. Datuk/Dato’/tuan/puan hendaklah mengemukakan maklumat berkenaan mengikut format (Borang Maklumat Peralatan ICT SABK 2012) yang dilampirkan di sini. Bagi tujuan tersebut, pihak Y. Bhg. Datuk/Dato’/tuan/puan adalah dipohon bagi mengemukakan maklumat berkenaan kepada Cik Nur Ahada binti Kamaruddin melalui emel This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. dan faks di talian 03-8321 7201 / 7312 selewat-lewatnya pada 27 Januari 2012.
4. Segala perhatian dan kerjasama Y. Bhg. Datuk/Dato’/tuan/puan berikan dalam hal ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
Majlis Tilawah Al-Quran Sekolah-Sekolah (MTQSS) ke-38
Tuan/puan yang dihormati sekalian, MTQSS ke 38 pada tahun ini akan diadakan lagi seperti pada tahun-tahun yang lepas. Acara di Peringkat Kebangsaan kali ini akan dikelolakan pula oleh JPN Pahang Darul Makmur dalam bulan Mei, Insya'Allah.
Bahan-bahan pertandingan iaitu Ayat Tilawah, Surah Hafazan, Tajuk Syarahan dan Bercerita telah diedarkan dan boleh juga dicapai melalui lampiran dalam web site ini untuk makluman dan tindakan pihak tuan/puan. Bahan-bahan tersebut boleh di muaturun di >> Media >>Muaturun Dokumen >> MTQSS atau boleh terus klik disini [Bahan-bahan MTQSS 38/2012].
Semoga pelaksanaan MTQSS KE 38 kali ini akan lebih meriah dan berjaya.
Sekian dimaklumkan.
















